

Artikel terbaru dari saya
Jemput baca dan komen
Tips Bisnes
Jemput baca dan komen

My Story
MOHAMED FAROOK NASAR, Bachelor in Accounting (IIUM), MBA (USM), CIA (US), ICSA (UK), CRMA (US). Farook merupakan penasihat syarikat dalam bidang penyediaan perancang biznes (“Business Plan”), pengurusan risiko, pengiraan kos (costing), pengurusan aliran tunai agar mengurangkan keciciran, pembaziran dan kerugian syarikat.
Pengalaman Bersama PKS (SME) dan Syarikat Korporat
Farook sudah berikan khidmat nasihat kepada lebih 30 PKS dalam pelbagai industry daripada sektor produk dan perkhidmatan. Beliau punyai lebih 22 tahun pengalaman dalam bidang diagnos syarikat korporat.
Beliau telah berkhidmat dalam 11 syarikat korporat, antaranya syarikat Permodalan Nasional Berhad, KFC Holdings Bhd, SAM Engineering Berhad dan Sapura Energy Berhad. Beliau juga pernah berkhidmat di salah sebuah syarikat saham terbesar dunia, Merrill Lynch Inc.
Penulis buku
Farook adalah merupakan salah seorang penulis buku ‘Principles and Contemporary Issues in Internal Auditing’, yang pernah digunakan di universiti awam. Beliau juga adalah salah seorang ‘coordinator’ untuk buku ‘Internal Audit Practices in Malaysia’.
Apa Boleh saya bantu?
Saya bantu bisnes anda melalui 3 cara. Antaranya group coaching, ceramah dan saya juga menyediakan rujukan bagi membantu bisnes anda

Belajar Online Bersama Saya
Satu ruangan khas telah saya sediakan jika anda ingin belajar dari saya secara online